Fly with Dreams
Home About Album Twitter Follow Dash

owner


" I just wanna fly away from you with my dreams "

tagboard


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

rintihan Palestin (3)
Sunday, July 19, 2009 • 11:18 AM • 0 comments



Aku di balik dinding ini, bersama-sama beberapa orang sahabatku, sedang menanti kehadiran mereka dengan hanya berbekalkan AK-47, senjata yang boleh dikatakan kuno jika hendak dibandingkan dengan senjata Israel. Hamas telah menetapkan untuk bertempur hingga ke hujung nyawa. Maka beberapa kumpulan telah diarahkan untuk mensabotaj kereta kebal-kereta kebal yang memasuki Gaza. Kalau boleh, kami diarahkan untuk merampas kereta kebal.

Sebahagian anak-anak kecil sudah mengutip batu-batu. Aku terasa seperti hendak menangis. Kasihan. Teringat ketika aku berusia 6 tahun dahulu. Saat ayah dan ibuku mati dalam keadaan yang azab. Mereka juga sepertiku. Cuma bezanya, mereka mungkin tidak sempat membesar.. Ini mungkin peperangan terakhir bagi kami. Dengan bilangan kami yang tinggal hanya sekitar 100 orang, agak mustahil untuk menang.

Aku bukan tidak yakin atas bantuan ALLAH. ALLAH ada berfirman, ¿Berapa banyak sudah pasukan yang kecil menewaskan pasukan yang besar dengan izin ALLAH.¿

Tetapi aku rasa, apa yang berlaku pada saat ini adalah teguran ALLAH kepada ummat ISLAM seluruhnya. Yang aku tahu, ummat ISLAM pada hari ini sering bertelagah. Malah ramai dari kalangan mereka yang tidak ambil kisah dengan saudara mereka. Mereka hidup dalam suasana ananiah yang menebal. Hati mereka telah menjadi keras seperti batu untuk merasakan penderitaan saduara-saudara mereka. Kalau di sini, mudah untuk dilihat bagaimana Fatah mengkhianati Hamas dalam kesatuan mereka untuk menjaga Palestin. Tidak sangka bahawa mereka itu pengecut yang tidak berguna. Menikam kami dari belakang, bahkan tidak menghiraukan langsung keadaan rakyat. Yang mereka tahu hanyalah kuasa. Mereka itu adalah boneka Israel.

Aku juga mendengar bahawa,negara- negara ISLAM di luar sana sudah tidak mengamalkan ISLA di negara masing-masing. Pemimpin-pemimpin mereka leka dengan kesenangan yang ada. Semuanya tunduk dan sujud menyembah Amerika dan segala kuncu-kuncunya.

Aku tahu, ini bukan salah mereka. Mereka sebenarnya telah disuntik dengan jarum beracun pada akhir era Khilafah Uthmaniyyah lagi. Ummat ISLAM melemah, melemah, dan terus melemah sehinggalah jika ada saudara mereka yang dibunuh, dicincang, diinjak, terkorban, hati mereka langsung tidak merasa. Namun semangat juang para muslimin masih meninggi. Apabila Israel memasuki Palestin pada tahun 1948, masih ada sebahagian muslimin yang merentasi sempadan dan membantu orang-orang di sini.

Malah, aku masih ingat lagi orang-orang tua bercerita mengenai perang antara Negara-negara Arab dan Israel. Orang-orang tua berkata, andai ketika itu tiada perjanjian damai, maka penderitaan hari ini tidak akan terjadi. Namun apa yang berlaku ketika itu adalah, para mujahidin yang ikhlas telah ditangkap oleh negara-negara arab sendiri, dan mereka telah menandatangani satu perjanjian dengan Israel. Semenjak hari itu, apa sahaja yang dilakukan oleh Israel di sini, hanya akan ditegur dengan suara sahaja oleh negara-negara arab di sekeliling Palestin, dan negara-negara ISLAM di seluruh dunia.

Apa yang berlaku kepada kami di sini tidak lebih dari teguran ALLAH kepada ummat ISLAM. ALLAH hendak menunjukkan betapa lemahnya ummat yang pada satu masa dahulu pernah menguasai 2/3 dunia. ALLAH hendak menunjukkan, betapa ummat ini telah meninggalkan ajaranNya dan melupakan deenNya.



0 Comments:

Post a Comment


|