Fly with Dreams
Home About Album Twitter Follow Dash

owner


" I just wanna fly away from you with my dreams "

tagboard


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

rintihan Palestin (4)
Sunday, July 19, 2009 • 11:18 AM • 0 comments



Aku pernah mendengar peristiwa tsunami yang melanggar tenggara asia pada lima tahun lepas. Sehingga ada yang menyatakan bahawa itu kiamat kecil. Ketika itu, ramai yang menyatakan bahawa ALLAH telah marah, lalu menegur manusia dengan bala bencana. Aku hanya mampu tersengih. Kamu tahu, di sini kiamat kecil berlaku hari-hari. Tempat ini saban hari bergegar dengan dentuman bom dan bingit dengan muntahan peluru. Tetapi tiada manusia pun yang menyatakan bahawa apa yang terjadi pada kami ini adalah teguran ALLAH kepada mereka. Mungkin manusia tidak tahu yang ALLAH ada berfirman, ¿Telah nampak kerosakan di darat dan di lautan disebabkan perbuatan tangan-tangan manusia. ALLAH mengkehendaki agar mereka merasakan sebahagian dari akibat perbuatan mereka agar mereka kembali (ke jalan yang benar)¿

Oleh kerana ketidak pedulian orang-orang ISLAM di luar sana, kami pasukan HAMAS telah berusaha bersungguh-sungguh untuk mempertahankan bumi suci ini. Kami menentang segala keganasan yang berlaku di sini dengan tulang empat kerat kami, dengan segala kudrat kami. Tetapi yang aku amat terasa hati adalah apabila, tindakan kami untuk mempertahankan tanah kami dikatakan sebagai satu tindakan keganasan.

Aku hairan dan pelik dengan orang-orang ISLAM di luar sana. Kamu tidak punya akalkah? Kenapa kami digelar sebagai pengganas? Sedangkan rumah-rumah kami dirobohkan, sedangkan isteri-isteri kami dirogol dan dibunuh tanpa belas kasihan, sedangkan anak-anak kami ditembak, sedangkan ayah dan ibu kami terkorban, semuanya dek kerana penjajahan Israel atas tanah kami.

Aku hairan, setahu aku, semua negara ISLAM dahulu menentang penjajahan di bumi mereka. Mereka menyah penjajah dan membenci penjajah. Tetapi apabila tanah kami dijajah, mereka menyelar kami sebagai pengganas, mereka menyatakan kami tidak reti bertolak ansur. Aku hairan. Kenapa kamu bersikap begitu? Tahukah kamu bahawa Rasulullah SAW ada bersabda, ¿Barangsiapa yang berpagi-pagi tanpa mengambil kisah urusan kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka.¿

Kemudian kamu menyatakan bahawa jihad itu adalah jalan keganasan. Kamu pesongkan jihad kepada jihad-jihad yang kamu ada-adakan. Jihad masyarakat la, jihad menentang pencemaran la, jihad menentang kemiskinan la dan pelbagai lagi jihad yang kamu reka, yang tidak utama, berbanding jihad kami yang sedang mempertahankan deen ISLAM ini. Sedangkan ALLAH telah mengizinkan kami untuk memerangi mereka yang menzalimi kami,¿Telah diizinkan untuk kamu memerangi mereka yang menzalimi kamu.....¿

Kamu tahu, hal Palestin, bukanlah hal kecil. Ini juga bukanlah hal pembebasan sebuah tanah. Hal Palestin adalah hal deen ISLAM itu sendiri. Yahudi bukan hendak merampas tanah semata-mata, bahkan mereka hendak melenyapkan ISLAM dari muka bumi kita. Mempertahankan Palestin hari ini, adalah mempertahankan ISLAM itu sendiri. Kami sanggup berkorban, kerana kami sedang mempertahankan ISLAM. Kami bukan nasionalis, kami adalah HAMBA ALLAH. ALLAH hanya redha pada ISLAM, bukan pada negara-negara yang kita duduki. ALLAH telah berfirman, ¿Hari ini telah aku sempurnakan untuk kamu deen kamu(ISLAM), dan aku sempurnakan untu kamu nikmatKu (ISLAM,) dan aku redha ISLAM itu menjadi deen kamu.¿



0 Comments:

Post a Comment


|