Fly with Dreams
Home About Album Twitter Follow Dash

owner


" I just wanna fly away from you with my dreams "

tagboard


Credits

© Template design by Adila. thanks for Base code by Atiqah.

Today Friday
Friday, December 6, 2013 • 1:41 PM • 0 comments



Assalamualaikum. Salam Jumaat. Buat saudara seislam jangan lupa baca surah kahfi harini banyak kebaikannya. Rugi bagi sesiapa yang tidak mengambil peluang ni. ye lah belum tentukan kita dapat berjumpa dengan Jumaat yang akan datangkan? sementara masih sempat dan kita plak tahu better do it right ? okey sekadar berkongsi pengetahuan .

Fadhilat Surah Kahfi

1. Ahmad berkata : "Saya dengar Al-Baraa'u Ibnu Aazib berkata: " Seorang lelaki telah membaca surah Al-Kahfi, dan dalam rumahnya ada seekor binatang (kuda), maka diberitahunya kepada Nabi SAW". Baginda bersabda, "Adakah Sifulan membaca Al-Quran? Sesungguhnya itulah ketenangan yang turun ketika Al-Quran dibaca atau keterangan turun untuk Al-Quran."
(Hadith Soheh. Riwayat oleh Shukbah)

2. Imam Ahmad berkata: "daripada Abi Darda' daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda: "Sesiapa menghadaz sepuluh ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi. Maka terhindar daripada al-Dajjal."
(Riwayat Muslim, Abu Daud, Al-Nasa'i, Al-Tarmizi daripada Qatadah)

3. Daripada Al-Tarmizi, sesiapa menghafaz tiga ayat daripada permulaan surah Al-Kahfi. Imam Ahmad berkata: "Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi, maka terhindarlah daripada fitnah al-Dajjal," 
(HR Muslim dan Nasa'i)

4. Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi Muhammad SAW bersabda: "Sesiapa membaca awal dan surah Al-kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi." 
(HR Ahmad)

5. Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda: Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya ke langit. Untuknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
(HR Ibnu Katsir)

6. Daripada Abi Said Al Khudri berkata: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan (disinarkan) untuknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiq."
(HR Ibnu Katsir)

7. Daripada Mandzur Ibnu Zaid, Ibnu Khalid Al Juhani dari Ibnu Al Hussein dari bapanya daripada Ali Marfu'an: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia dihindari daripada segala fitnah selama lapan hari, dan jika al-Dajjal muncul, maka dia terhindar daripadanya.
(HR Ibnu Katsir)

8. Daripada syukbah daripada Abi Hashim dengan isnadnya, sesungguhnya Nabi SAW bersabda: "Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan, jadilah cahaya untuknya di hari kiamat."
(HR Ibnu Katsir)

berjumpa lagi nanti :)


0 Comments:

Post a Comment


|